Mula2 sekali nak cakap, filem ni kekuatan dia bukan pada idea jalan cerita..tapi pada dialog2 dia yang kelakar cam harem…haha..
Filem ni bila tengok trailernya, saya macam terpikir apekah, kenapekah perlu ada satu filem pasal teddy bear yang tetibe boleh bercakap dan mencarut2?…Then, bila tahu pembuat filem ni adalah Seth MacFarlane, which orang yang sama menghasilkan kartun Family Guy, terus rasa nak tengok tu muncul balik…(bukan sebab Mila Kunis tauu..)
Ok, so papehal jom kita layan review Kakiwayang.com tentang filem Ted ini.
Sinopsis :
Sinopsisnya simple se-simple Adnan Sempit. John masa kecil x banyak kawan, so bila dia dapat hadiah teddy bear dia wish kalau teddy bear tu boleh bercakap, dia janji akan berkawan dengan teddy bear bernama Ted tu sampai mati.
Dengan magicnya, Ted hidup. Ted dan John berkawan baik. Seperti filem Muppets, masalah muncul kerana John dah berumur 35 tahun dan ada hot girlfriend (Mila Kunis). So dia dalam dilemma untuk menentukan halatuju hidup dia samada memilih menjadi bengong2 bersama Ted or jadi serius dengan Mila Kunis..So apa yang akan terjadi? Tontonilah Ted…
Apa yang best filem ni?
Seth MacFarlane sendiri adalah tarikan menarik. Cam saya memang suka tonton Family Guy yang selalu buat lawak ngarut2 tu.Dia cam 9gag, ada orang dapat tangkap dan ada orang tak. Kekuatan dia ialah dialog2 dia yang kelakar, sarcasm dan selamber je bahan ahli2 politik or artis2 Hollywood. So itu adalah fun.
Best cite ni mungkin kerana dia lari dari kebiasaan iaitu biasanya Teddy Bear adalah comel, cute dan caring, sepertimana yang kita biasa lihat dalam Winnie the Pooh or The Muppets. Tapi yang Ted ni cam bengong kerana dia memang asshole gile, hisap ganja, kuat mencarut dan gila seks. So orang rasa kelakar bila tengok perangai dia dalam filem ni. Budak2 sila jangan tengok kerana korang ni suka ngikut.
Banyak isu2 semasa yang dibahankan dalam filem ni yang buat penonton2 tergelak. Tak kurang yang gelak kerana lawak2 lucah. Antara yang fun ialah Ted time kerja tiap kali dia buat hal je dia akan dinaikkan pangkat. Then juga ada pasangan anak-bapa yang sangat fanatic dengan Ted hingga nak menculik Ted. Kelakar tu memang kelakar la, sume yang ala2 Family Guy punya lawak.
So kalau nak gelak tengoklah filem ni.
In term of pelakon, kita ada Mark Wahlberg, saya lebih mengingati dia dalam filem2 serius. Mungkin banyak lagi pilihan pelakon yang lebih baik. Tp apapun Mark Wahlberg tidaklah spoil, still dia menjalankan tugas dengan baik.
Mila Kunis. Biasa je dia, mungkin gelaran Wanita Paling Seksi sedang dimanipulasi sebaik mungkin bagi menarik perhatian jejaka-jejaka di luar sana untuk membeli tiket.
Apa yang kureng filem ni?
Satu masalah besar bila lawak2 bersifat dewasa ni ialah banyak dipotong. So dia menganggu sedikit kita yang menonton ni. Tapi sebab saya tak tengok yang download so saya tak tahu lagi apa yang saya terlepas, orang kata banyak…tak tau la..haha
Then, cite ni boleh diibaratkan seperti filem Adnan Sempit di Malaysia. Ia kelakar, orang gelak-gelak tapi memang kosong dan cam something yang kita tak akan value sangat la. Dibandingkan dengan filem Hollywood lain, filem ni rasanya akan mudah untuk dilupai di masa2 akan datang.
Jalan cerita yang mana dilemanya nak pilih antara Ted atau Mila Kunis juga klise dan pernah dilihat dalam filem2 lain, antaranya ialah The Muppets. So, biasa2 je la ideanya….kalau ikut logic pun mana tetibe wish teddy bear hidup terus hidup kan…haha.. Kekuatan filem ni bukan pada jalan cerita tapi pada dialognya yang cam harem..
Then, ada certain2 point dalam filem ni anda akan rasa ‘lag’…or rasa cam filem ni nak pegi mana sebenarnya….biasa cite orang putih kan laju pergerakan jalan cerita dia.,,,tapi ni ada point2 yang akan rasa bosan sedikit…maybe sebab Seth Macfarlane punya filem pertama,..
So, kesimpulan dia…berbaloi atau tidak? Em, saya rasa kalau anda minat Family Guy or 9gag, anda mesti rasa nak tonton filem ni dan taknak terlepas…tapi kalau nak kata perlu ke tengok wayang? Hm, kalau anda boleh dapat version download yang bagus, tengok kat download pun dah cukup…
Nota : Filem yang ok, tapi nak banding filem2 Hollywood lain, memang kalah.