Ok. Setelah berminggu, akhirnya ada lagi filem yang lepas tengok trailer dia rasa cam em, ok boleh beli tiket tengok filem ni. Kali ni Kakiwayang.com nak review satu filem bertajuk Aku Terima Nikahnya.
Filem ni dilakonkan oleh Nora Danish dan Adi Putra, katanya dari sebuah novel tapi saya tak tahu la mana novelnya…yang tahu Aku Terima Nikahnya by Ustaz Hasrizal tu je…tp takkan la ustaz ni bg Nora Danish plak berlakon watak novel dia kan..
Amek novel jadi filem dah jadi trend skarang kan sebab cam instant promotion dan orang yang baca novel tu mesti rasa nak tengok..produser lain dah buat, so kali ni MIG pun nak buat….kita tengok camne..esok lusa Prof. Razak pun akan ambil novel juga…
Sinopsis :
Ala2 the Vow tapi the Vow lebih logik. Filem ni mengisahkan tentang Johan (AdiPutra) dan Arlisa (Nora Danish) yang baru kahwin. Then setelah bermanja2 dan berseronok semua Johan eksiden. Dia kene selective amnesia so dia hanya ada ingatan masa umur 31tahun saja. So dia tetibe sangat benci kepada bini dia dan nak ceraikan bini dia… jadi berjayakah Nora Danish kembalikan ingatan Johan ni supaya rumah tangga diorang bahagia? Saksssiiikannllaaahhh filemnya ok..
Bagus filem ni sebab?
Pelakon Nora Danish dan AdiPutra ada fan dia sendiri. Nora Danish dengan watak Puteri dan AdiPutra dengan abe Jai KL Gangster dia memang gempak. So, orang2 akan bayar tiket filem ni sebab nak tengok diorang…
Kualiti gambar semakin menarik. Bagus MIG ni gambar dia makin lama makin clear ala2 HD. So seronok tengok pemandangan dia. Then latar tempat dalam filem ni pun awesome sebab rumah, tepi pantai dan resort tu cam amat super cantik.
Kualiti pelakon2 tambahan MIG semakin baik, either Mon Ryanti, Alex Yanz dan Zalif tu makin bijak dan meningkat la teknik lakonan dia. Meskipun bila tau ada watak tepi2 je mesti muka korang…tp xpe..ok la tu..
Thanks to filem ni, sekarang saya dah rasa filem The Vow sangat awesome..
Kureng filem ni sebab?
Jalan Cerita. 60 minit filem ni adalah berkisar kepada kebencian Johan terhadap Arlisa. Tp masalah saya ialah dia hilang ingatan je kan. Sila tengok The Vow, orang yang hilang ingatan akan keliru, blur dan mudah diperdaya. Tapi Johan jadi macam bisu dan benci gile kepada Arlisa. Even ko sebagai orang biasa pun xkan benci gile dengan orang, siap tak beradap lansung. Dengan Mon Ryanti tu boleh lak ko layan cam orang biasa.
Kalau tak suka, at least orang hilang ingatan akan layan cam biasa, Cuma cinta itu tiadalah, bukannya jadi cacat otak jadi gila baling2 pinggan bagai. Baca review kami pasal the Vow di sini. The Vow lagi best sebab skill pekerjaan sume hilang, tapi filem Melayu biasalah, dah hilang ingatan tu dok rumah saje tak payah kerje, orang kaya camtu la.
Johan masa umur 31 sangat bengis dan benci pompuan cantik ke? Then after year, masa ko xkenal pun Arlisa tu boleh plak ko ngorat seperti dalam flashback. Masa hilang ingatan, ko jadi benci dan xberadab? Even dah ada gambar besar kat ruang tamu tu? Xlogik, sila tengok filem the Vow. Untuk kuatkan cite ni better tambah time umur 31 tu dia memang tak suka orang cam Nora Danish.. baru betul..
Lagi satu, stuntman or sape2 yang lakonkan watak Johan time eksiden tu tolonglah hentakkan kepala sikit. Ni memang tak terhantuk lansung kepala dia. Langgar obviously kat kaki tapi kaki Johan tak patah plak kan…cool gile…
Kenape Nora Danish xpernah dapat award dari segi kualiti lakonan? Aah, sebab dia memang kureng sikit lakonan, lagi2 yang emo2 neh. Rasanya baik dia pegang watak2 cam Puteri or ceria2 je…takya struggle nak watak nangis2 sebab xrasa sedih pun. Banyak sangat air matanya. Watak ceria dia memang best so baik dia focus kat situ. Sedih2 ni bg dekat Maya, Lisa, Eja dan lain2 je..
Begitu juga dengan Jai Adiputra. Memang hensem, kacak dan plakon paling tough dalam Malaysia. Lakonan dalam KL Gangster mmg superawesome. Kalo watak cinta pun elok sebagai lelaki yang angkuh ke ape. Watak leleh2 ni rasa cam kureng sikit la Adiputra….sila improvekan lagi…
Watak Mon Ryanti sangat Bimbo dalam filem ni. Xde la orang yang tau husband kawan baik tu hilang ingatan dan tengah bergaduh, ko boleh masuk rumah bagai. Terima ajak jogging, sebab kau tau boleh menimbulkan fitnah, even kalau dia tak hilang ingatan pun. Takkan ko xperasan wajah Nora Danish time main Sahibba tu.
Dialog yang Rasa tak Rasa tu pun cam tak kene. Dalam panggung leh diorang gelak lagi (unless dapat tiket free MIG la kan). Pastu ada watak Adi Putra cakap ‘Mana Awak tau saya tak berjuang’…puihh..memang jelas ko xberjuang kot…xde pun sakit kepala or sebarang usaha2 nak ingat macan dalam filem2 hilang ingatan lain. Yang ada ko g borak2 ngan kawan camne nak ceraikan…
Kesimpulannya, filem ini ideanya best dan banyak filem best terhasil dari idea hilang ingatan tu… tapi siapa tahu, di tangan yang salah, idea best pun jadi tak best filemnya….sila improve di filem2 akan datang ok….satu lagi filem kita jadi begini….