Image may be NSFW.
Clik here to view.
Sebut je The Hobbit ni mesti ramai dah terbayang trilogy masterpiece The Lord of the Ring kan? Ye, tak perlu tipu, memang ianya sebahagian dari novel, dan filem The Hobbit ni adalah prekuel sebelum pengembaraan Frodo dan rakan-rakan. Ia menceritakan menceritakan kisah pengembaraan pak cik beliau iaitu Bilbo Baggins. Dalam filem Lord of the Ring, Bilbo Baggins dalam beberapa babak seperti tidak mahu menceritakan kisah lamanya, namun dalam filem yang terdiri dari 3 bahagian ni mengisahkan segalanya. Part 1 ni dari bagaimana beliau boleh terjebak dalam un-expected journey bersama orang-orang kerdil sehinggalah menemui cincin The One Ring. Jom follow sinopsis filem ni:
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Sinopsis Filem :
Filem ini bermula 60 tahun sebelum kisah The Lord of the Rings. Penceritaan kisah hidupnya sendiri ini ditulis oleh Bilbo Baggins, pak cik kepada Frodo. Pada masa itu, Gandalf the Grey telah melawat ke rumahnya dan pada suatu malam, kehadiran 13 orang kerdil bersama-sama dengan Gandalf telah menarik minat Bilbo untuk turut sama dalam usaha misi menawan semula Dwarf Kingdom of Erebor dari seekor naga.
Bermula dari rumah Bilbo, melalui perkampungan Elf, hingga ke gua bawah tanah Goblin, mereka menghadapi pelbagai serangan dan pengalaman untuk bersama. Apakah yang berlaku seterusnya?
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Review Filem :
Peminat The Lord of the Ring angkat tangan!! Hoho, kalau anda sememangnya kipas-susah-mati filem tu, memang ternanti-nanti la kan filem The Hobbit? Yup, antara kekuatan filem ni adalah peminat sedia ada yang dah lama menunggu untuk mengetahui dari mana sebenarnya asal usul The One Ring nih. Sape yang bawak dan kena Gollum/Smeagol sangat-sangat sayang akan ia. Bagaimana pun dari mana datang cincin ni masih samar-samar dalam filem Part 1 ni. Mungkin ada lagi cerita masa part 2 dan part 3 nanti kot.
Adaptasi dari sebuah novel ke tiga buah filem yang setiapnya hampir 3 jam memang agak mencabar. Bagi seorang peminat, memang tak rasa lama 3 jam tu, namun ada beberapa part yang sangat lah slow dan kami rasakan part semasa teka teki antara gollum dan bilbo ni boleh makan masa dalam 20 minit jugak la. Tak tambah lagi part nyanyi-nyanyi ala2 musikal atau hindustan. Kira-kira ada la jugak 20 minit lagi. Tambah-tolak kalau part-part meleret ni boleh jadikan filem ni 2 jam je. Layan jap gambar dari 9gag ni yang mengambarkan filem-filem The Hobbit berbanding 3 filem Lord of the Ring yang lain :
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Jalan cerita, aksi dan CGI memang sangat menarik. Terasa teruja untuk mengetahui apa yang akan berlaku kepada Bilbo dan juga kumpulan Dwarf nih. Namun, beberapa perkara yang kami rasa macam spoil sket. Apabila jalan cerita Thorin Oakenshield (pewaris takhta kerajaan Dwarf Kingdom of Erebor) menyerupai watak Aragon dalam filem Lord of the Ring. Beliau digambarkan sebagai seorang yang inginkan semula kerajaannya dipulihkan. OMG!
Satu lagi yang tak menariknya apabila Gandalf the Grey menjadi hampir hero pada semua babak-babak cemas. Masa datangnya gandalf, terasa macam : Ah, kenapa Gandalf tak pergi seorang diri (atau berdua bawak Bilbo) je terus terbang ke tempat naga. Pastukan kalahkan naga dengan sihirnya. Hehe. Jangan marah ye, cuma melawak, dan benda ni juga diberitahu orang rakan kakiwayang yang menonton bersama-sama.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
The 13 Ghosts! Eh silap, The 13 Dwarf daa!
Dalam filem The Hobbit ada diselitkan beberapa watak asal filem The Lord of The Ring seperti Saruman the White, Galadriel, dan Elrond. Ada juga diceritakan terdapat 5 orang ahli sihir yang wujud di dalam dunia itu, terdapat 3 orang yang lain selain Gandalf dan Saruman.
Secara keseluruhan, ianya adalah filem yang menarik untuk ditonton. Penuh dengan aksi. Namun babak-babak yang lebih kurang sama dengan filem Lord of The Ring dan jalan cerita yang sedikit meleret dengan adengan yang tidak perlu menjadikan ianya panjang dan sedikit bosan di pertengahan. Sebagai seorang peminat LOTR, kami tidak bersikap bias dalam menyatakan ianya sebuah filem yang bagus!