Quantcast
Channel: Kakiwayang.com » Filem 2012
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Cold War: Apabila Bandar Paling Selamat di Asia Diuji!

$
0
0

Segmen Penulis Jemputan
Nama penulis: Faiz Akmal MFA
Blog: http://dimensimfa.blogspot.com

Cold War: Apabila Bandar Paling Selamat di Asia Diuji!

Sinopsis:

Cold War mengisahkan tentang dunia konspirasi yang berlaku dalam struktur pentadbiran Polis Hong Kong. Dalam masa yang sama, insiden demi insiden telah berlaku yang mana ianya benar-benar menguji tahap keselamatan Bandar Paling Selamat di Asia ini. Cerita bermula pada waktu tengah malam di Hong Kong apabila sebuah pawagam telah diletupkan, diikuti berlakunya kemalangan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki yang mabuk, dan seterusnya sebuah van polis yang dinaiki oleh lima orang pegawai polis yang mana van tersebut membawa muatan senjata dan peralatan canggih telah hilang dari grid kawalan Polis Hong Kong.

Oleh sebab insiden-insiden ini berlaku pada masa yang sama, Pasukan Polis Hong Kong rasa terpanggil untuk menyiasat kejadian ini. Pasukan Polis Hong Kong ini diketuai oleh seorang Pesuruhjaya yang sedang berada di luar negara. Oleh sebab itu, Pasukan Polis Hong Kong ketika ini diuruskan oleh dua orang timbalannya iaitu Sean Lau selaku Timbalan Pesuruhjaya (Pentadbiran) dan Waise Lee selaku Timbalan Pesuruhjaya (Operasi). Konflik yang hebat telah berlaku antara dua orang timbalan ini dalam usaha mereka untuk bertindak bagi menyiasat insiden-insiden itu. Mereka berdua tidak sependapat dan berbeza cara pemikiran dan membuat keputusan.

Sean Lau lebih menekankan cara untuk berunding dengan penculik manakala Waise Lee lebih agresif dan ingin terus bertindak dengan cara menyerang. Apatah lagi apabila anak Waise Lee iaitu Joe Lee merupakan salah seorang daripada pegawai polis yang diculik itu. Sean Lau menyuarakan pendapatnya kepada Waise Lee dengan mengatakan yang Waise Lee akan bertindak dengan menggunakan emosi dan tidak profesional disebabkan ada kaitan dengan keluarga.

Namun, Waise Lee terus bertindak tanpa menghiraukan pendapat Sean Lau itu. Waise Lee terus mengambil-alih operasi tersebut yang dinamakan sebagai Cold War. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Siapakah dalang di sebalik insiden-insiden tersebut? Semuanya akan terjawab dalam filem Cold War ini.

 

Cold War: Apabila Bandar Paling Selamat di Asia Diuji!

Review:
1.    Filem ini menampilkan ramai pelakon-pelakon terkenal Hong Kong dan kebanyakannya membawakan watak-watak yang berprofil dan berpangkat tinggi dalam struktur pentadbiran Polis Hong Kong, ICAC, dan Biro Keselamatan Negara. Contoh paling mudah ialah dua pelakon utamanya iaitu Aaron Kwok dan Tony Leung Ka-fai yang masing-masing membawakan watak sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Hong Kong yang mana watak mereka berdua ini ialah orang nombor dua paling berkuasa dalam struktur pentadbiran Polis Hong Kong itu.

Andy Lau turut membuat penampilan khas sebagai Setiausaha Biro Keselamatan Negara. Manakala, bakat baru, Aarif Rahman turut berlakon sebagai Ketua Pegawai Penyiasat ICAC. Satu kombinasi dan himpunan pelakon-pelakon dengan watak-watak yang menarik. Apatah lagi apabila konflik demi konflik berlaku dalam kalangan watak-watak ini.
2.    Dari awal sehingga akhir filem ini, ia sarat dan padat dengan konflik, konspirasi, pergolakan kuasa, tipu muslihat yang begitu thrill, suspens, lagi mendebarkan. Perlu diingatkan ini bukanlah filem aksi yang padat dengan aksi-aksi yang hebat. Walaubagaimanapun, filem ini tetap ada elemen aksinya juga seperti adegan letupan yang dahsyat, tembak-menembak antara polis dan penjahat, dan kemalangan kereta di jalan raya.

Namun, apa yang menjadi rencah filem ini adalah konflik antara watak-wataknya dan dalam masa yang sama ada juga falsafah-falsafah menarik yang disampaikan oleh watak-wataknya menerusi dialog mereka. Senang kata, filem ini membawakan tema yang berat dan memerlukan penonton berfikir terutamanya untuk mengetahui apakah cerita sebenar yang berlaku dan siapakah dalang di sebalik insiden-insiden yang berlaku pada tengah malam itu. Itulah kekuatan utama filem Cold War ini!

Cold War: Apabila Bandar Paling Selamat di Asia Diuji!
3.    Walaubagaimanapun, filem ini juga tidak lari dari kekurangannya seperti terdapat beberapa babak yang berjalan dengan perlahan. Di samping itu, walaupun filem ini diakhiri dengan kesudahan yang mana dalang sebenar akhirnya diketahui, namun di bahagian yang betul-betul akhir filem ini, terdapat sesuatu yang tidak pasti kesudahannya. Mungkinkah ini? Mungkinkah itu? Secara tidak langsung, pengarah sebenarnya mahu penonton berfikir dan menilai sendiri kesudahan filem ini.

P/S: Bagi yang meminati filem yang berat, bijak, dan memerlukan penonton berfikir, filem ini sangat sesuai untuk tontonan anda.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 10